pertama:
semalam ketika berada di dalam lif di bangunan menara tinggi itu, lif terhenti lalu seorang wanita bertubuh kecil melangkah masuk. mulanya ak langsung tak mengendahkannya. ak hanya mahu cepat sampai ke tingkat 15 kemudian ambil cek dan pulang ke pejabat. dengan tak semena-mena ak terpandang tag nama yang tergantung pada baju wanita tadi. oh, ini dia orangnya. hampir-hampir terlupa yang beberapa bulan lepas,ak pernah berharap dapat dipertemukan dengan wanita hebat ini. ya hebat, sekurang2nya menurut pandanganku. sebelum ini kami hanya bercakap melalui telefon beberapa kali berbalas emel.
kedua:
hari ini di bawah tumpukan kertas dan plastik yang bertimbunan dalam bakul sampah di suatu sudut dalam bilik itu, ak berjumpa buku tuesdays with morrie. bukunya terbelah dua. beberapa muka surat dari bahagian kedua tadi telah hilang. ada sedikit bau2 kurang enak terbit darinya.
persoalannya pertama yang muncul dibenakku, kenapa buku tadi dibuang begini sekali? ini mengingatkan tentang pengalamanku berjumpa buku2 yang dibakar di luar rumah. antara buku yang tinggal setengah jadi abu adalah buku fathi yakan yang tak pernah ak tahu apa isinya, buku yang tak terselamatkan.
persoalan kedua yang bermain di fikiran setelah itu adalah, eh bukankah baru semalam atau kelmarin dulu ak inginkan buku tuesdays with morrie ini sebagai wishlist to read setelah melihat seseorang mempromosikannya di facebook? wah, cepat benar ak dapatkannya. tak perlu keluar duit lagi. selamat bajet bulan ni.
pesanan penaja:
berhati-hati dengan apa yang ada difikiranmu kerana ia mungkin akan jadi kenyataan dan selamat berhari raya.
Saturday, August 27, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)

