
*the song played is manifestasi cinta by fiq feat mirwana. this song just perfect to me..such an expression of what i feel. i played this song again over again while writing this long post. fyi, i only like the background music plus the arabic part by mirwana. you can check the arabic lyric meaning in their official music video on youtube. but the lyric sang by fiq-i think its lead me no where..meaningless *
Bukan sekali, malah banyak kali sudah saya baca kisah perjuangan yang walau perih tapi jangan mengalah, harus terus berusaha dan tetap berani bermimipi demi mengejar ilmu dijadikan inti utama atau sekurangnya ada sisipan cerita sedemikian dalam novel-novel bestseller dari negara jiran kita seperti Laskar Pelangi dan sekuensnya, juga Ketika Cinta Bertasbih, Matahari Di Atas Gili dan kini Bidadari-Bidadari Syurga(BBS).
BBS saya kira sebuah novel yang kisahnya sederhana amat, sebuah kisah keluarga yang biasa-biasa tapi jadi luar biasa kerana kekuatan wataknya Kak Laisa..
Dalam BBS tiada petikan al-quran sekerat-sekerat biar isinya sarat mendidik seperti soal tidak mengenal pacaran, acara solat malam, perlu sabar dan syukur juga hal-hal lainnya, ia dilakukan dengan cara yang sangat halus dan tidak terlalu kelihatan.
Kekuatan novel ini ada pada Kak Laisa. Dialah calon bidadari syurga dalam novel ini.
Sebut saja bidadari, pasti ramai sekali membayangkan betapa anggun jelitanya makhluk ini. Tapi banyak sekali yang lupa bahawa pakej bidadari itu juga datangnya dengan pakej 'baik' bukan hanya cantik jelita.
Kak Laisa pada mata kasarnya kelihatan sebagai si jelek, pendek, hitam, si kerinting. Lengkap gadis hodoh pada piawaian banyak manusia lebih lagi pada mata lelaki.
Tapi di balik semua itu, Kak Laisa penuh dengan keindahan dari berbagai segi.
Dia kakak sulung keluarga malang itu. Hidupnya sentiasa berkerja keras, bekerja keras dan bekerja keras demi memastikan adik-adiknya, Dalimunte, Ikanuri, Wibisana dan Yashinta dapat meneruskan persekolahan walaupun hidup mereka nyata amat susah setelah ketiadaan bapa.
Hasil usaha kerasnya Kak Laisa bukan sahaja terlihat pada kejayaan si adik tapi juga ternyata berjaya merubah warna Lembah Lahambay dengan memperbaiki kehidupan penghuninya.
Kak Laisa walau seorang perempuan yang tidak dikurniakan dengan paras yang baik, dia tetap menjadi seorang hamba yang bersyukur. Tak sekali dia merasa ketidakcantikannya itu membataskan usahanya untuk terus berbakti pada keluarga, juga jiran-jiran.
Tak ada keluh-kesah tentang paras rupanya.
Sebenarnya novel ini penuh terisi dengan kisah-kisah inspiratif, nilai-nilai baik, mendidik, parenting skill, adventurus dan banyak hal lain yang bagus-bagus tetapi biarkan saya menulis dari sisi pandang seorang wanita yang pernah tak LULUS kerana dianggap tak cukup cantik, hot, mantap dan sebagainya.
Dalimunte (sekarang Prof. Dalimunte-pakar bidang fizik), adik lelaki Laisa berusaha mencarikan calon suami buat kakaknya. Oleh kerana ramai yang menolak Laisa atas alasan tidak cantik (di tengah amatnya keterlaluan manusia dalam menilai tampilan fizik dan materi), kali ini Dalimunte ingin menjodohkan Kak Laisa dengan seniornya sewaktu belajar dahulu-seorang aktivis masjid kampus yang kini seorang penceramah agama yang tak kurang terkenalnya, fasih bicara tentang soal mencari jodoh bukan dilihat dari wajah dan kecantikan pasangan tetapi 'kecantikan hati'.
Ustaz yang telah kematian isteri 3 tahun lalu dan tanpa anak ini tak banyak bicara saat di ceritakan perihal Laisa. Tak perlu melihat fotonya Laisa dahulu, hanya mendengar apa yang dilakukan pada Lembah Lahambay dan segalanya dia merasa sudah menemukan pengganti mendiang isterinya dengan tepat.
"Kakakmu pasti secantik apa yang ia lakukan selama ini. Lihat, adiknya saja gagah seperti kau!" Itu jawapan yang hebat, benar-benar khabar baik buat Dalimunte tertawa riang.
Tapi sayang, manusia hanya pandai bicara. Saat si penceramah agama terkenal bertatapan mata dengan Laisa di hadapan rumah mereka di lembah yang hening itu, respon yang diharapkan rupanya jauh dari baik. Tak ada jauh bezanya dengan respon calon-calon yang dibawa dahulu. Malam itu, meski sepatutnya rumah mereka dengan hamparan ladang strawberi indah di sekitarnya itu sedang menanti musim hujan tapi tak terasa kedinginan.
"Bukankah Kak Laisa itu 'cantik' seperti yang kau sebutkan selama ini dalam ceramah-ceramahmu, apa lagi yang kurang?" Dalimunte yang tersinggung terus menyoal saat mereka di dalam kereta, mengantar tetamu itu pulang.
"Tapi maksudku, setidaknya cantik adalah menarik hati"
Dalimunte lebih membenci keadaan munafik temannya itu, tiba-tiba mahu pulang mendadak memberikan alasan punya jadual ceramah agama. Padahal apa kurang Kak Laisa, dia miliki 3 daripada 4 kriteria yang utama yang disebut Nabi dalam memilih jodoh.
Kak Laisa soleh dalam hubungan dengan Allah juga hubungan dengan manusia.
Dari sisi materi, Kak Laisa punya perkebunan strawberi membentang nyaris 2 ribu hektar meski sering dibilang itu kepunyaan ibu mereka, masyarakat sekeliling tahu itu hasil usaha kerasnya Kak Laisa.
Dari segi keturunan, Kak Laisa bukanlah turunan raja mahupun bangsawan tapi keluarga mereka terhormat, berkerja keras dan tidak meminta-minta.
Jadi kenapa persoalankan kecantikan, bukankah itu hanya berada di turutan yang keempat???
"Keluarga yang baik hanya dapat terjadi ketika suami merasa senang menatap isterinya, Dali. Merasa tenteram". Itu kata Kak Laisa saat mereka bicara berdua.
"Kau tahu, jika suami merasa tersiksa melihat wajah dan fizikal isterinya, dan juga sebaliknya, mereka tidak akan pernah menjadi keluarga yang baik. Bukankah kau juga tahu kisah tentang sahabat Nabi, yang meminta bercerai kerana fizik dan wajah pasangannya tidak mententeramkan hatinya". Kak Laisa tetap berkata ringan.
Dia tahu. Dia juga tahu benar kalimat bijak kalau: ketika salah-satunya justeru memutuskan untuk bersabar atas pasangan yang tidak beruntung dari tampilan wajah dan fizik tersebut, maka syurga menjadi balasan buatnya. Tidakkah hari ini, ada yang mengerti hakikat tersebut???
Kalau Kak Laisa itu terlihat hodoh, Yashinta si bongsu pula cantiknya bukan main. Terlalu ramai rakan sekuliah Yash yang ingin mendekati kerana kecantikannya tapi dia tidak pernah suka mereka. Pada Yash, apakah mereka akan sibuk mencari perhatian jika wajah dan fiziknya sama seperti Kak Laisa?
Mereka tidak benar-benar menyukainya dirinya, apa adanya dia.
Mereka hanya menyukai tampilan fizik dan wajah.
Seperti seekor lebah tertarik atas indahnya kelopak bunga.
Seperti seekor rubah yang tertarik pasangannya kerana bau tubuh.
Maka haiwan sejatilah perangai mereka.
------------------------------------------------
Dan sungguh di syurga ada bidadari-bidadari bermata jeli. (Al Waqiah:22)
Pelupuk mata bidadari-bidadari itu selalu berkedip-kedip bagaikan sayap burung indah.
Mereka baik lagi cantik jelita. (Ar Rahman:70)
Bidadari-bidadari syurga, seolah-olah adalah telur yang tersimpan dengan baik. (As Shaffat:49)
---------------------------------------
Epilog:
Dengarkanlah khabar bahagia ini.
Wahai wanita-wanita yang hingga usia tiga puluh, empat puluh atau lebih dari itu, tapi belum juga menikah (mungkin kerana keterbatasan fizik, kesempatan, atau tidak pernah 'terpilih' di dunia yang amat keterlaluan mencintai materi dan tampilan wajah). Yakinlah, wanita-wanita solehah yang sendiri, namun tetap mengisi hidupnya dengan indah, berbagi, berbuat baik, dan bersyukur. Kelak di hari akhir sungguh akan menjadi bidadari-bidadari syurga. Dan khabar baik itu pastilah benar bidadari syurga parasnya cantik luar biasa.


7 comments:
next plez.....
cptla smbung..
teruja nk bc lg..
akak, lm menyepi dr blogging..
rndu.. hehehehe.. :)
akak dah sambung..semoga bermanfaat :)
wargh..
da bc..
xtahu nk gmbrkn cmne perasaan..
sedih ade, terkilan pn ade..
buku ni mmg bhs indonesia ke kak?
bhs malaysia ade x?
rs nk beli la..... :)
cuba cek laman web pts, mereka ada jual buku ni kat malaysia, maybe for malaysian version.
kalau nak pinjam akak pun boleh, tapi kena tunggu..ambil nombor. akak punya buku berconteng-dah siap translate certain words guna google translator. untunglah siapa yang baca..
p/s: kat ofis x blh reply blogger comment, kena block. sbb tu bls lambat
orite2..
tgh search pts web..
nk cube cr smpai dpt..
haha..
nway, thanks 4 the offer.. :)
ya...janji itu pasti benar.
andai diri berada dlm ktegori 30-an, 40-an itu..mampukah memelihara diri hingga trpilih utk berada d tahap setinggi & seindah yg dgambarkan
insyaAllah... =)
Post a Comment