“Kalau mahu ke KL, turun di sini!” Berulang kali pemandu bas ekspres bersuara pada penumpang yang duduk di bahagian belakang. Ak mula hairan, apa yang pemandu ini beria benar mengulang ayat penyata yang mudah itu.
Kemudian ak terlihat sosok lelaki yang luar biasa tinggi, teragak-agak antara mahu terus turun dari bas atau tetap di dalamnya. Terus ak teringatkan pada student master atau barangkali student pHd yang turut sama menunggu bas denganku kira-kira 4 jam yang lalu. Padanlah ada masalah bahasa, international student.
Kata pemandu bas lagi, “Minta tolong siapa yang boleh cakap omputih, saya tak pandai”. Seorang lelaki pertengahan umur berbangsa India yang sedari tadi asyik dengan The Starnya memberikan bantuan. Selesai.
Ak ingatkan hal itu berhenti setakat itu saja, rupanya tidak. Seorang pakcik yang duduk berdekatan denganku mula mengomel, “Entah dia bawa dadah ke apa tu, dadah sekarang ni diorang simpan celah gigi je”. Kata-katanya cukup kuat untuk didengari seisi bas Transnasional. Dan penumpang berbangsa Afrika tadi itupun belum sempat turun dari bas. Aduyai…pakcik, mujur dia tak faham bahasa Melayu.
Cerita tentang pakcik dan prasangkanya tentang dadah itu malas ak ulas. Buat mencemar duli beta saja memikir tentangnya. Semoga pakcik dapat hidayahlah pakcik..haha.
Bercakap tentang dadah, tiba-tiba ak teringatkan dua gadis Malaysia yang ditahan di China dan di Jepun kerana dituduh mengedar dadah. Entah apa nasib mereka di sana. Khabarnya, nasib yang ditahan di China itu tidaklah sebaik yang berada di Jepun. Mereka perempuan, ak juga sama. Jiwa kami halus. Delicate. Mudah fragile. Kalau ak seorang perempuan yang boleh hancur hatinya dengan hal-hal yang tak seberapa, apatah lagi mereka yang diuji dengan dugaan yang nyata lebih hebat.
Ak tak tahu sama ada mereka benar –benar bersalah ataupun tidak. Bagaimana ya, kalau ada di antara mereka sebenarnya diperangkap? Tak bersalah. Tapi terpaksa menanggung hukuman. Tak adil bukan? Kebahagiaan, kejayaan yang sepatut menjadi miliknya, masa depan, impian dan segalanya dirampas. Punah.
Mengetahui bahawa hidup kita bukan di dunia ini sahaja, tapi juga di dunia sana yang kekal selama-lamanya seharusnya menjadikan kita berupaya memujuk diri supaya tak perlu terlalu bersedih. Dunia ini hanya sementara. Kalau keadilan itu tak berpihak pada kita di sini, kalau kebahagian itu bukan milik kita sekarang, kalau kita rasa tertipu di sini, bukankah kita masih ada harapan untuk bahagia di sana? Dan bukankah di sana itu lebih kekal segalanya. Tak cukupkah lagi untuk berasa tenang dan tenteram? Tak ingatkah pada janji-janji Tuhan?
1. Tiba-tiba ak rasa ak termelalut jauh menyebabkan entry ini cacamerba lalu melankolik and I have to end this. Tajuk asalnya my cousin’s wedding in Malacca part two. Lari jauhkan, kan, kan? Haha.
2. Tentang dadah, pada ak hukuman yang dikenakan kepada mereka yang dituduh mengedar itu adalah sangat kejam-gantung sampai mati. Lebih-lebih lagi pada mereka yang memang orang miskin, tiada pilihan lain untuk mendapatkan wang. Kesan kepada terbunuhnya bread winner (pengedar dadah) ini akan menyebabkan the next generation mereka tak dapat good education dan the cycle continues, tak ada pilihan maka seterusnya jadi pengedar juga takpun jadi penagih sekali. Sepatutnya tycoons besar yang kaya raya pemilik industri dadah itu kasi hapus. Tembak kat kepala, haha baru best. kukuikui
3. Ak pernah baca status facebook finaz- tv9, katanya..katanya..jap ak fikir. Lebih kurang begini maksudnya, kita ini hidup sebelum sampai ke tempat yang kekal akan melalui 6 perjalanan. 1-dari tanah ke tulang sulbi. 2-dari tulang sulbi ke rahim.3-dari rahim ke dunia.4-dari dunia ke kubur. 5-dari kubur ke mashar.6-dari mashar ke negeri yang abadi, iaitu sama ada negeri Syurga atau Neraka. Jadi, kita ini sebenarnya dah melewati separuh perjalanan hidup ni. Erm..amalan? haha..apa pun ak nak highlightkan dunia ini sementara saja, tak usahlah bersedih sangat. Erm..nasihat untuk diri sendiri. ;)
Friday, May 07, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment