



ketika sedang rancak membaca Seranade of the Seventh Princess pagi tadi,
---
“The sauce that is too salty can still be watered down, Mas Ayu.”
“But diluted sauce will lose its original taste papa. The flavor won’t bring out the appetites of those who eat it, its aroma won’t capture people’s interest, and even the cook himself would not want any of it.”
“Mas Ayu, you are too quick to interrupt.”
“Sorry, papa.”
“I still want you to give up dancing.”
“You know what happens to a speeding car which stops suddenly?” Mas Ayu glared at her father’s face, boldly. “It crashes and breaks to pieces, papa!”
---
ak berhenti sejenak pada ayat terakhir di atas.
crashes and breaks to pieces. itu yang ak rasakan suatu masa dulu. crashes and breaks to pieces as if you are in the middle of a speed and out of nowhere something put you to a stop. momentum sangat besar yang betindak balas menyebabkan crashes and breaks into pieces..
sekarang. rasa itu sudah hilang. sudah lama mati. cuma parutnya yang masih berbekas. dan sebelum ak lupa, ada baiknya ak tuliskan apa rasanya sebab selalu ak ulang baca apa yang ak
hummm..apa rasanya ya?
ia bagaikan kau sedang hidup dalam kawasan gaung. tahu gaung? nama lainnya adalah canyon. pada setengah orang canyon hanyalah hambar, pudar dan membosankan sebab di mana-mana pemandangannya adalah sama saja, hanya gunung batu-batuan yang kelihatan.
tapi pendapat yang canyon itu membosankan adalah sama sekali tidak benar bagi kau. kau suka mengembara di sekitarnya dan kau sangat gembira di daerah canyon.
suatu hari, seseorang datang menjanjikan harapan yang di atas canyon itu ada suatu kehidupan yang lebih baik, lebih indah dari segala-galanya. mulanya kau rasakan itu semua mustahil. namun setelah dipujuk rayu kau mula percaya. tangan yang dihulur dari atas canyon itu cuba kau sambut.
mendaki canyon bukan mudah kerana ia sememangnya terlalu tinggi untuk didaki. setelah hampir sampai di puncak, di mana kau sedang dalam keletihan yang amat sangat dan hampir kehabisan tenaga, ketika hanya sebelah tanganmu saja yang berpaut pada batuan, dan sebelah tangan lagi cuba kau gapai tangan yang dihulur dari atas, saat seluruh pusat graviti berada pada sebelah tangan yang kau kira bakal disambut dan dipegang kukuh, saat kau percaya sepenuhnya yang manusia di atas sana benar-benar mahu menyambut tanganmu, tatkala itu jugalah dia sebenarnya hanya mentertawakan dan menolak kau terus jatuh ke dalam gaung. dan kau, crashes and breaks into pieces.
sekarang mari kita gantikan kau itu kepada aku. sebenarnya ak boleh saja hidup dengan tenang dan bahagia dengan caraku sendiri tanpa pergi above the canyon. dan sebenarnya juga, tangan yang dihulur dari atas itu kalau mahu dilepaskan, lebih baik jangan pernah disuakan langsung.
Life has given me obstacles
Still I bite my tongue say it’s wonderful
I’m just glad I’m still around
But I’m even more glad when things slow down..
......
But you, you came to break me-Monte, Zee Avi
*sumber gambar dari google dan cuplikan movie The Canyon
*Seranade of the Seventh Princess, Amaruszati Noor Rahim-Sea of Rainbows
p/s: oh kepada yang berkenaan jangan risau sebab ak masih berpegang kepada prinsip ajaran sahabatku dunia akhirat bahawa kalau ada rasa yang tak puas hati sesama insan, boleh saja ceritakan masalahmu kepada sesiapa saja tapi jangan sebut nama sebab takut nanti dapat dosa mengumpat. kesimpulannya, tiada menjaja cerita di sana sini atau memburukkan mana-mana pihak. ak menulis sekadar perkongsian pengalaman dan supaya ak beringat, rujuk perenggan tiga di atas. sekian.



4 comments:
sebuah metafora yang baik.
Kalau saya tak mahulah tinggal di canyon.
"boleh saja ceritakan masalahmu kepada sesiapa saja tapi jangan sebut nama sebab takut nanti dapat dosa mengumpat"
yup you are absolutely right.
aziee... nnti amik award kt blog ella ek...thanks~~
isma,
baiklah, saya pun tak mahu tingal di canyon lagi. bakal berpindah ke pesisiran pantai pula. haha
mai,
yup..selesa begini kan mai.
ella,
dah ambil. welkam~~
Post a Comment