*sumber gambar dari sini dan google
Pertama kali mendapat tahu tentang kewujudan buku ini di blog isma tetapi dia tak jelaskan secara terperinci tentang jalan ceritanya, sekadar tahu yang membacanya saja bisa membuat dirinya menggoogle tentang Pulau Gilli, wah menarik..seperti saya juga yang menggoogle Pulau Belitung akibat Laskar Pelangi. Beberapa hari kemudian, saya berfoya-foya di mall dengan teman-teman dan menemukan novel ini di MBS, wah nama penulisnya Lintang, macam watak dalam Laskar Pelangi. Matahari di Atas Gilli, saya tertarik dengan tajuknya yang unik lebih-lebih lagi ada blurb SN Datuk A Samad Said pada kulit buku. Lantas saya beli untuk hadiah hari lahir seorang sahabat yang sampai sekarang buku ini masih dalam simpanan saya, nanti-nanti lah ya saya bagi, kamu pun bukan ada masa nak baca sekarang =)
Tentang novel ini, saya membacanya dalam masa dua hari. Suatu masa yang agak lama bagi seorang saya menghabiskan sebuah novel. Bukan kisahnya yang berat untuk difahami tetapi cara penulisannya yang penuh diskripsi. Kalau sekadar baca tanpa menggambarkan dalam kepala apa yang dilukiskan oleh penulis ini seperti yang berlaku pada saya ketika awal-awal membacanya , terasa lost dan sia-sia saja. Jadi, sila ambil your own sweet time untuk menikmati novel ini.
Novel ini tentang seorang gadis bernama Hada yang sejak lahirnya telah ditinggalkan oleh ibu sendiri, lalu dikutip oleh seorang wanita yang kemudiannya menjadi ibu angkatnya. Hada yang masih sunti ketika terpaksa berpisah dengan ibu angkatnya demi membolehkannya memiliki masa depan yang cerah, untuk belajar di sekolah di bandar akhirnya hanya menemui malang akibat perbuatan keluarga angkat barunya yang menindas, memperlakukannya tak ubah bagai hamba. Kemudian, Hada melarikan diri dari satu tempat ke satu tempat lain dengan menyara diri bekerja sebagai orang gaji. Akhirnya, dia mendapatkan seorang majikan, sebuah keluarga yang menganggapnya bagai keluarga sendiri dan juga membiayai pengajiannya di SMA. Oh lupa pula beritahu, latar cerita ini di Indonesia ya..
Suhada yang tumbuh menjadi seorang gadis cantik dan cerdas akhirnya menerima lamaran Suamar, seorang tukang kapal yang asalnya dari Pulau Gilli, sebuah pulau kecil yang agak terasing dari pembangunan di mana masih lagi banyak amalan khurafat serta bahasa melayu Indonesia juga adalah bahasa asing di sini. Pernikahan Hada dengan Amar yang membawanya menetap di pulau inilah yang memulakan episod-episod keindahan dan kesedihan yang mendalam dalam novel ini.
Kisah pahit dan manis Hada yang berjuang ingin melihat anak-anak Pulau Gilli mendapat pendidikan dengan bisa menulis dan membaca dalam bahasa melayu Indonesia, perihal ketakutan Hada pada perkelahian antara nelayan Pulau Gilli dan pulau sekitarnya demi merebut kawasan menangkap ikan hingga sanggup menghayun parang di leher, kisah Hada yang setiap hari tak pernah jemu merindukan Amar yang meninggalnya di Pulau Gilli demi mendapatkan rezeki yang lebih buat anak mereka yang bakal lahir nanti dan juga kisah Hada yang menumpang kasih pada Buk No yang juga sebatang kara di dunia ketika ditinggalkan sang suami.
WARNING!!
Sekiranya anda belum lagi baca novel ini, mungkin anda patut berhenti saja sampai perenggan di atas. Sebab nanti kalau baca perenggan bawah ni boleh jadi spoil bak kata seorang pengomen =P
Teruskan membaca dan anda tanggung sendiri akibatnya =)
Namun, yang paling menarik bagi saya adalah kisah-kisah setelah Hada mati. Maaf saya tercerita lebih lanjut, bagi kamu yang belum baca tak surprise pula. Hehe. Tapi saya perlu cerita juga untuk dikongsi pada pengunjung blog saya. Sharing is caring.
‘Pertemuan terakhir’ antara Hada dan Amar di ‘dermaga Hada’ benar-benar memberikan impak maksima pada Amar dalam novel ini, dan juga saya.
Amar bermati-matian mempertahankan yang Hada belum mati, Hada masih hidup dan pernah berjumpa dengannya di dermaga saat dia tiba di Pulau Gilli setelah lama meninggalkan Hada tanpa khabar berita. Padahal, Hada telah lebih dulu menghembuskan nafasnya yang terakhir saat melahirkan anak lelaki mereka, Sabam. Eh, Sabam ini mengingatkan pada Zainuddin dalam Tenggelamnya Kapal Van der Wijck pula, tapi itu Shabir bukan Sabam. Okay, kita sambung pasal Matahari dia Atas Gilli balik. Amar jadi gila selepas Hada pergi. Pada Amar, Hada masih lagi hidup. Dia membesarkan Sabam dengan setiap hari mengatakan bahawa Hada masih hidup dan Sabam tidak boleh berjumpa ibunya kerana Hada sedang sakit dan perlu berehat di dalam bilik. Kasihan si kecil, sudahlah bapanya gila begitu, sering pula dicemuh kawan-kawan kerana keadaan bapanya. Kemuncak hal ini adalah apabila Sabam yang baru berusia kira-kira 5 tahun itu dibelasah dengan teruk oleh bapanya kerana mengatakan ibunya telah mati. Kasihan dengan nasib anak malang ini, mengingatkan saya pula tentang Ayat-Ayat Cinta. Di mana Aisya, yang punya ibu tiri dan abang tiri ‘gila’ tidak mendapat pembelaan bapanya apabila mengadu yang abang tirinya itu meletakkan kamera video dalam bilik mandi, merakamkan aksinya ketika mandi. Selamat dia pakai kain basahan. Cis.
Oh ya, bagaimana hal ini memberi kesan pada saya? Ia tentang cinta dan tentang bakal suami. Oh gila apa saya menulis begini, tapi tak mengapa sekadar perkongsian. Pernah, seorang sahabat beritahu saya, lebih kurang begini maksudnya, bahawa setiap anak yang bakal dilahirkan berhak untuk punya ibu atau bapa yang baik, yang bertanggungjawab terhadap anaknya. Jadi pilihlah ibu/bapa yang baik pada anak itu nanti.
Cuba lihat apa yang terjadi pada Aisya dan Sabam setelah kematian ibu mereka. Bagaimanakah nasib anak-anak ini? Padahal mereka punya ibu yang baik, ibu yang memberi kebaikan bukan pada keluarga sendiri sahaja tapi juga pada masyarakat. Tapi lihatlah pada nasib mereka. Kasihan..
Saya terfikir pada persamaan antara ayahnya si Aisya dan si Sabam, adakah agama yang menjadi kurangnya? Ya..nampaknya begitulah. Aisya dan Sabam kedua-duanya daripada keluarga berada tapi itu tak menjanjikan kebahagiaan untuk anak-anak itu nanti. Kata orang, tanggungjawab itu mungkin takkan tertunai kalau tak berharta tapi pada saya, dan bercakap dari pengalaman di sekeliling saya, bukan hanya dari pembacaan semata-mata adalah pada tiadanya nilai agama itu maka tiada tanggungjawab pada keluarga.
Oh sudah panjang saya menulis, terasa mahu berhenti. Kesimpulannya, membaca Matahari di Atas Gilli tulisan Lintang Sugianto ini menjanjikan anda untuk menikmati keindahan alam ciptaan tuhan dalam pada birunya air laut, putih dan halusnya pasir pantai juga pada hembusan angin dan tatkala menengadah ke langit di malam hari, melihat bintang-bintang begemerlapan menghiasi kelamnya malam . Anda juga boleh menikmati apa rasanya bermain di sebalik karang-karangan, melewati pepohon akasia sambil belajar mengenal budaya masyarakat yang berbeza di sebuah pulau terpencil bernama Gilli . Juga, mengetahui bagaimana gilanya seorang perempuan menyintai dan merindui kekasihnya. Sekian.
p/s: juga dimuatkan di sini, goodread's review


7 comments:
salam.
best!
walaupun telah menulis review dengan spoiler tanpa warning.
wsalam
thanks n sorry beb..
tak biasa menulis review, maka melanggari norma penulisan review tanpa sedar kot. next time, akan diletakkan warning.
oh dah diedit dan warning.
ok anda dimaafkan... haha.
ok.. warning bgos.. hampir terextend smpai ayt ke bwh tp d'hentikn oleh statement WARNING ini... haha..
xnk bc da.. tngu sy hbskn dulu~~~
oh..berkesan juga ya WARNING itu. LOL!
salam,
yang saya tidak puas hati adalah perempuan penghias kulit buku tersebut--mengapa ambil yang berwajah bukan Melayu/jawa.Terlalu ala padang pasir. Sedangkan Hada perempuan yang berbadan kecil dan saya menggambarkan beliau 'cute'sangat.Sangat tidak cocok. Cuba banding cover asal Indonesianya, lain betul.
* Itu hanya pandangan dari laki-laki.
wsalam
saya pula langsung mengabaikan cover girl tersebut, tak endah pun.
betul juga, patut ambil wajah ketimuran baru kena dengan cerita. mungkin mereka rasa wajah nusantara tak cukup komersil agaknya ..
*terbukti lelaki lebih peka memandang
Post a Comment