


suatu masa dahulu blog ini pernah menyiarkan entry dengan tajuk yang sama-menyiarkan gambar2 cover girl elle magazine, French Elle's April '09 issue. dalam post tersebut ak menimbulkan persoalan sama ada hal yang sama boleh dilakukan di malaysia, lebih2 lagi pada majalah seperti anis, nur dan dara.
kemudian seorang kawan yang bekerja di karangkraf memberikan komen menyatakan adalah hampir mustahil untuk karangkraf mengeluarkan majalah dengan cover girl tanpa mekap biarpun bagi majalah berkonsep islami seperti nur dan dara.
kali ini media di iran pula membuat kemunculan wanita di tivi tanpa bermekap atas inisiatif kerajaannya supaya tiada unsur yang bertentangan dengan hukum syariah Islam.

ada tak kawan2 yang bekerja di media prima mahu komen tentang entry ini pula? is it posssible to have it in malaysia? huhu..
berdasarkan pengetahuan ak yang tak seberapa tentang mekap, mereka bukanlah tak bermekap langsung tetapi menggunakan mekap dengan sangat nipis. mungkin sekadar sedikit foundation, bedak, eyeliner dan lip gloss or lipstick sheer colur.
sebenarnya ak bukanlah strictly mengatakan yang hell no to make up tapi ak sangat tak menyokong mekap secara berlebih-lebihan-jelas tabarruj dan bertentangan dengan hukum syariah Islam. pada ak, its ok to put on make up for certain occasion(kalau ko kahwin ke, tunang ke) as long as u be moderate about it.
sumber gambar dan cerita asal:
i. Yay! French Elle's amazing no-makeup issue (and why American mags need to step it up)
ii. Wanita Muncul Di Tv Iran Tanpa Make-up


10 comments:
kalau ber make up, time amik wuduk, leh celuihhh tak air?
just curious..
ak tak ada pengalaman la pulak nak menjawab soalan ni n ak pun curious seperti ko.
maka setelah di gogel, ak mendapati ia adalah waterproof depending on the ingredients and percentages they can be water resistant. boleh jadi celuih dan boleh jadi tidak celuih bergantung kepada jenis kosmetik yang digunakan.
weih..pas ak komen blog ko semalam baru ak baca ko nye profile. ak minat dowh Lydias Diery -kisah cinta nasi lemak n masihkah. ko belakang tadbir ek? rum8 ak skang ni punyalah bercita2 mahu jadi sound engineer tapi bapak dia x kasik so dia amek chem eng je haha..nanti ak suh dia baca profile ko la, mana tahu dpt inspirasi =)
salam,
penulis blog ini nampaknya minat dengan dunia media dan fotografi.
mahu jadi photojurnalist kah?
wsalam
humm..mungkin kalau ada ruang dan peluang. jadi macam kamu pun ok juga. sindiket!
serius!
Oh, sebenar saya belum jumpa perempuan Melayu-Islam 'bersindiket' dengan media antarabangsa--AFP, Reuters,aljazeera, islamic online dan sebagainya.
Jika hendak bermula, mulalah dengan 'menjual foto' sekarang.
series, kalau mahu berjualan foto sekarang saya belum ada apa untuk ditawarkan.
jika nanti saya ada jodoh dengan bidang ini, saya tak menolak. malah lagi bangga dapat jadi perempuan melayu islam yang bersindiket. hehe.
make up where the originality is hidden by chemical solution
yup..originality is hidden
Bukan tidak boleh majalah Malaysia tampil dengan muka tidak bermekap tetapi masalahnya ia akan kehilangan penaja syarikat kosmetik pada keluaran tersebut. Semuanya berbalik kepada wang.
''Sindiket bunyi macam berjenayah''
point yang menarik, semua berbalik pada wang. sering kali wang juga yang jadi sebab. abaikan saja kesan dan akibat yang lain.
saya suka bunyi sindiket walau nampak macam penjenayah. baru terasa tak skema haha
Post a Comment